Khamis, 10 September 2009

SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) AL-UMMAH TAIPING

PENGENALAN

Sekolah Rendah Islam Al-Ummah (SERI ABIM) diasaskan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Negeri Perak pada tahun 1993 sebagai kesinambungan hala caraa pendidikan Islam selepas TASKI atau pra sekolah. Penubuhan institusi ini adalah untuk memenuhi hasrat masyarakat yang ingin mendapatkann pendidikan anak meraka secara bersepadu yang berorientasikan pendidikan islam.

VISI

Institud pendidikan yang unik, cemerlang dan terbilang.

MISI

* Menyediakan pendidikan bersepadu di peringkat rendah.

* Melaksanakan tarbiayah yang lengkap dan seimbang di antara pendidikan jasmani, emosi rohani dan intelek ke arah pembinaan generasi yang betaqwa, berketerampilan, releven dan komited.

* Melahirkan insan yang hermoni dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani seperti yang dianjurkan oleh islam.

* Melahirkan masyarakat sekolah yang penyayang, berfikiran positif, keratif, inovatif sesuai dengan nilai agama.

* Melahirkan peringkat pelajar yang bakal menuju ke alam mukallaf dengan iman, ilmu dan akhlak dan membentuk peribadi muslim sejati serta mampu menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.

FALSAFAH

Pendidikan SERI adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harnonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejah teraan diri serta berkesanggupan memberi sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran ummah.

KURIKULUM

Menyediakan pendidikan berasaskan kurikulum bersepadu antara kurikulum pendidikan sekolah rendah kebangsaan dan pendidikan sekolah rendah agama. Gabung jalin ini diadun menurut falsafah pendidikan islam yang didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

KOMPONEN MATAPELAJARAN

AGAMA

- Al-Quran (Tilawan, Hafazan, Tajwid)
- Tafsir
- Hadith
- Pendidikan Teras Islam (Tauhid, Fekah, Akhlak)
- Sirah
- Bahasa Arab
- Jawi / Khat

AKADEMIK

- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kajian Tempatan
- Kemahiran Hidup
- Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Komputer
- Pendidikan Kesihatan dan Jasmani

KEMUDAHAN

- Pusat Sumber
- Pengangkutan
- Koperasi
- Surau
- Kantin

PEPERIKSAAN

- Ujian bulanan setiap dua bulan
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Sijil Pendidikan Redang Agama
   (SPRA ABIM) – Tahun 5
- Ujian Penilaian Kelas Kafa
   (UPKK) - Tahun 5
- Ujian Penilaian Sekolah Rendah
   (UPSR) – Tahun 6
- Sjiil Khatam Al-Quran

WAKTU PERSEKOLAHAN

Masa Pembelajaran : 7.45 pagi - 4.15 petang
Rehat pertama : 10.20 - 10.40 pagi
Rehat kedua : 1.10 - 2.15 petang

* Makan pagi dan tengah hari di sediakan oleh pihak sekolah

BAYARAN YURAN

YURAN BULANAN

- RM 180.00

YURAN PENDAFTARAN

Tahun 1 RM 375.80
Tahun 2 RM 371.80
Tahun 3 RM 371.80
Tahun 4 RM 421.80
Tahun 5 RM 561.80
Tahun 6 RM 556.80

PAKAIAN SEKOLAH

LELAKI

- Baju Kemeja Ungu Lengan Pendek
- Seluar Panjang Hitam
- Songkok Hitam
- Lencana Sekolah
- Kasut Hitam
- Tag Nama

PEREMPUAN

- Baju kurung Ungu
- Kain Sarung Ungu Gelap
- Mini Telekung Ungu
- Lencana Sekolah
- Kasut Hitam
- Tag Nama

PAKAIAN HARI JUMAAT

LELAKI

- Baju Melayu Ungu
- Sampin Ungu Gelap

PEREMPUAN

- Jubah Ungu Gelap
- Mini Telekong Ungu

PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

LELAKI

- Baju T.Shirt Putih Lengan Pendek
- Seluar Trek Hitam

PEREMPUAN

- Baju T.Shirt Putih Lengan Panjang
- Seluar Trek Hitam

KELAYAKAN MASUK

Murid yang telah tamat pembelajaran di TASKI ABIM atau mana-mana pusat pendidikan pra-sekolah.

Murid yang berumur 7 tahun pada tahun persekolahan


Pendaftaran boleh dibuat pada waktu sekolah setiap hari bekerja.